Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 10, 2010

Meriahnya Raya

1 Syawal dh nk berakir..esok masuk raye ke dua di kg..meriah juga tahun ni..mcm biasa pagi2 aku dan huby dan family aku ke masjid bt.rakit utk tunaikan solat I'dulfitri..pastu sesi mkn2 nasik minyak..lepak jap sekali ank2 jiran dtg beraya..siap beratur tu amik duit raye ngn en.suami..pastu g umh tok..kali ni lame pulak lepak kt sana..sempatlah jumpa sepupu dan makcik pkcik sedare..Alhamdullilah kemeriah masih dirasai..yg kelakar sumer pakat bawak nasik minyak g umh tok..adeh..jamu nasik minyak le kali ni..
Esok lak plan duk umh je tunggu member2 datang..pastu ptg berangkat balik kg en.suami utk sehari dua..adeh mcmane la nnti..dh la ramai tu..pastu hari rabu igt nk balik k.l dh cuma x pasti mlm ke pagi..sumer tu biar en.suami yg buat keputusan..
skrg ni aku rase dh termengah2 dah..pinggang pon kekadang sakit jer..hukhuk..pastu kalu loya dtg x pasal2 muntah..setakat ni masih mampu bertahan dan simptom2 "berdua" dah mula buat org lain perasan..org kg pon perasaan..kerana perut sudah terlebih dari buncit..hehe x sabar nk tunggu perut ku ini lagi membesar..biar org panggil aku mak buyong..muahahaha..bile ditegur aku sengeh je..en.suami lagi la ternmpk hepy dan sibuk menjawab..
errmmm x sabarnyer nak beraya pada tahun depan..x sabarnya nak tunggu saat balik kg secara bertiga pula.. InsyaAllah..ok c'ya..
                                           Sempat singgah chrating otw blk kg.. :) cntik pantai die!!

Wednesday, September 1, 2010

Panduan puasa bagi ibu hamil

Soal jawab di ruangan Pakar Sakit Puan Harian Metro menarik perhatian aku..ni aku paste kan di sini:

Takut mudarat kandungan

SAYA berusia 26 tahun dan kini hamil anak pertama. Kandungan saya kini memasuki lima bulan.

Bolehkah doktor memberi panduan sama ada saya selamat untuk berpuasa? Saya tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi bimbang jika berpuasa boleh mendatang­kan mudarat kepada bayi saya.

REEN
Kuala Lumpur
NALURI ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anaknya bermula dari saat kehamilan lagi. Kebimbangan terhadap kesan berpuasa ke atas janin sering menjadi persoalan apabila tiba Ramadan, lebih-lebih lagi tanpa didatangi haid seperti sebelumnya, kini mereka berpuasa sebulan penuh.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu difahami:

● Kita sebenarnya juga 'berpuasa' sewaktu tidur setiap malam, cuma tempoh tidur mungkin tidak selama tempoh berpuasa Ramadan.
Waktu makan pada siang hari boleh diganti dengan waktu makan pada malam hari iaitu berbuka, selepas solat Maghrib, waktu sahur dan mengambil minuman berkalori sebelum tidur.
● Negara kita tidak mengalami musim panas yang panjang pada siang hari. Tempoh berpuasa di Malaysia adalah di bawah 14 jam.
Kajian sains menunjukkan kelaparan melebihi 14 hingga 16 jam mendedahkan kita kepada perubahan metabolisma keto-asidosis yang boleh memudaratkan kesihatan.
Eloklah mengamalkan bersahur lewat dan segera berbuka apabila masuk waktunya. Di samping itu, ibu hamil juga perlu berbuka puasa jika mengalami tanda bahaya dan segera berbuka walaupun waktu Maghrib tinggal beberapa minit sahaja lagi.

Selain itu, memahami perubahan 'normal' yang berlaku dalam kehamilan meyakinkan seseorang untuk meneruskan berpuasa, tetapi dengan mengambil langkah berkaitan. Secara amnya, perubahan yang berlaku dalam kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga fasa atau trimester.
Trimester pertama (bulan pertama hingga ketiga) adalah tempoh lazim berlaku 'morning sickness' seperti loya, muntah, pening kepala atau pedih ulu hati.
Kehilangan cecair badan daripada muntah kadangkala tidak cukup diganti dengan makan dan minum bagi wanita yang terganggu seleranya, hingga mereka berasa tidak bermaya walaupun baru saja beberapa jam berpuasa.
Tambahan pula, bau daripada pil suplemen asid folik dan zat besi turut menambah loya terbabit. Anda dijangka sudah melepasi fasa ini kerana 'morning sickness' jarang berterusan menjangkaui bulan keempat kehamilan.
Trimester kedua (bulan keempat, kelima dan keenam kehamilan) seperti yang anda alami sekarang adalah tempoh yang paling selesa. Selera makan kembali normal, malah mungkin bertambah.
Keseronokan menjadi ibu hamil yang kandungannya kini semakin jelas dilihat juga mempengaruhi psikologi anda menjadi positif untuk berpuasa tanpa gangguan.
Namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat satu perubahan fisiologi kehamilan yang boleh mendatangkan kesan mudarat jika tidak dijaga.
Dalam trimester kedua, tekanan darah dijangka menjadi lebih rendah berbanding biasa, sehinggakan anda mudah berasa seperti hendak pitam jika berdiri terlalu lama, lebih-lebih lagi jika mengalami dehidrasi.
Elakkan perubahan posisi yang mendadak apabila hendak bangun.
Seeloknya daripada berbaring, anda duduk sebentar dahulu, kemudian bangun perlahan-lahan sebelum mula melangkah.

Selain itu, meminum air yang mencukupi sangat penting bagi menjaga hidrasi badan.

Anda juga eloklah mengurangkan aktiviti yang tidak penting untuk menyimpan tenaga serta mengelakkan dehidrasi dan kekurangan gula dalam darah misalnya berjalan-jalan membeli-belah di tengah panas.

Apabila anda memasuki trimester ketiga kelak (bulan ketujuh hingga kelahiran), anda mungkin semakin mudah penat kerana pengaruh saiz kandungan yang semakin membesar yang turut mengganggu pergerakan anda.
Anda mungkin akan mudah berasa mengah, sakit pada bahagian ari-ari, pedih ulu hati, sembelit, ketegangan akibat kontraksi Braxton Hicks boleh menjadikan anda tidak selesa dan mudah keletihan.
Ramai ibu hamil yang bekerja berpuasa hingga memasuki minggu kelahiran tanpa masalah bahaya kerana kebanyakan tugas tidak memerlukan aktiviti fizikal yang banyak.
Namun, ini mungkin tidak sama untuk setiap individu dan ada yang mungkin perlu mengambil rehat.

Penjagaan am yang lain juga perlu diberi perhatian.
Memakai pakaian yang selesa dan tidak ketat, tidak memakai kasut bertumit tinggi serta berhati-hati sewaktu berjalan (agar tidak mudah jatuh) serta berhati-hati sewaktu berkenderaan di jalan raya (kemalangan lebih kerap berlaku), semuanya dapat membantu kita menghadapi kehamilan dengan jayanya.

Followers