Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 2, 2010

Dulu berbeza dgn Kini..

Peredaran masa dirasakan begitu laju..Mase relax2 kt umh baru2 ni aku terfikir akan perubahan diri yg telah berlaku..Untuk membaca setiap point di bawah,mulakan ayat anda dgn perkataan Kalau dulu:

*statusku SINGLE Mingle..skrg Alhamdullilah punya suami yg amat baik..
*suke sgt tgk rancangan hiburan,cntohnye melodi tuh kalu bleh xmo miss,,wajib tonton la kate org..KINI pula kekadang aku boleh lupe yg siaran melodi adalah pada hari ahad.. :) La ni aku lebih kenal rncgan Halaqah,Tanyalah Ustaz,semanis kurma kt TV9..Al-Kuliyyah..Bersama Dato Fadzliah Kamsah,Oasis kt astro (sejam/setengah jam sblm masuk waktu solat..)Cuma sesekali terasa hairan dgn rancangan2 tv kt mesia nih..lebih byk hiburan dari rncgn bercorak keagamaan..kalau ade pon,kuantiti sgt sedikit dgn masa yg terhad sampaikan mc program selalu memberitahu penonton yg masa tinggal sedikit lg..termengah2 si ustaz menyudahkan isi ceramah yg terakir..huhuhu.. 
* masuk dapur pon malas..tahu masak air,megi ngn goreng telor jer..bile dh duduk jauh dari mak ayah barula terkial2 blaja masak..mujur dpt hosmate yg pandai masak(zmn mula2 keje)..skrg mr huby selalu puji kalu aku masak..tp tahap kecekapan dan kesedapan tu masih lg x seberapa..Akan ku pertingkatkan lg..heheh
*tidak pandai buat kek coklat kukus..skrg siap ajar member buat..hohohoho..
*payah nk senyum dan beramah tamah dgn org, kini aku sgt suka berkawan dan amat menghargai setiap persahabatan yg terjalin.
*tidak berminat dgn isu semasa,politik dan akhbar..kini kalau ade sesuatu isu,aku akan baca setiap sumber baik dari akhbar ataupun internet..setiap hujah yg dikemukakan akan difikir adakah logik atau tidak..
* tidak berminat mengenai kesihatan wanita..kini aku sgt2 berminat membaca dan mengumpul maklumat mengenai kesihatan dalaman,kesuburan,kehamilan dan apa2 yg berkait dgn kesihatan wanita..website dr hamid arsyad tuh dh jd favrite..
*selamba aje laserkan org..kalau x puas hati sound direct jer..kini sblm ckp sesuatu kena pikir dulu..perlu menjaga hati mereka2 yg tersayang dan juga org sekeliling..imej pon kena jaga beb..
*tidak meminati kecanggihan komputer dan internet..tetapi kini macam x senang duduk kalau x dpt bukak fesbuk,emel dan blog2 tertentu yg sokmo duk ikut..kalau ade pameran i.t suke je pergi tgk2..byk mende pasal komputer dah tahu dah sket2..eheee : P
*seminggu/sebulan sekali sekurang2nya akan berkunjung ke KFC @ McD..asal jumpa member je mesti kt situ..tp sejak kempen boikot produk israel tuh,kini jgn kata sebulan,sudah berbulan2 x g kfc dan mc d..yihaaa..cuma pizzahut masih lagi menjadi kegemaran aku..mushroom soup die sedap woo..
*muka aku selalu tumbuh jerawat..sgt berminyak dan kulit aku gelap..kini semua masalah itu hilang sndri..hormon kawen kot..wakakaka
*suka bangun lambat dan kuat tido..Kini bad habit tuh sudah boleh dikurangkan..Nampaknye perli2 yg dikeluarkan oleh suami berjaya menyedarkan aku.. :)
*tidak suka minum susu..milo sahaja ok..siap muntah lepas sesaje try minum..tp kini sejak eksiden kepala lutut teralih..lutut sudah tidak sekuat dulu maka dgn penuh semangat aku menjadikan susu menjadi amalan setiap hari..kalu g shoping brg dapur, susu cap nespray atau anlene mesti tertera dlm resit pembelian..kt sini aku mengakui bahawa pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih amat kena atas dahi aku.. : D 
*tidak tahan pedas..yg kelakar sos tomato menjadi pilihan smpai kena gelak ngn kenkawan..teringt zmn uitm,kalu g giant aku sorg je amik sos tomato..kini,kalu makan mknan x pedas x bape selera..kalau tapau nasik kt kedai,mesti letak gak sesudu kecik sambal belacan..hik hik hik..
*tiada baju kurung warna kuning sbb aku rasa kaler kuning x sesuai dgn kulit aku..tp kini sejak bersuamikan seorg peminat kuning,dh berpasang2 baju kurung kaler kuning ada dlm gobok bajuku..tudung kuning pun berlambak..ekekeke
*keluar ke halaman rumah tidak bertudung..kalau org bertandan pun buat do no jer..kini jgn kata keluar umh,dlm umh pon pakai tudung kalau org bukan muhrim berada sekali..Alhamdullilah aku telah faham akan kewajipan seorg muslimah dalam menutup aurat.. :)) (sgt suka ini).

Dan yang masih lagi tidak berubah:
Masih meminati warna BIRU..
Masih lagi suka berjalan-jalan..
Masih lagi suka window shoping(huhu perlu berubah nih..)
Masih menyukai KUCING..(Lola penghibur hati kini..)
Masih suke gelak ketawa terutama apabila berjumpa dgn sahabat2 seangkatan..(yg ini perlu diubah juga kerana telah dinasihati oleh suami tersyg..)
Masih lagi kurang makan ikan kerana menu yg berasaskan ayam menjadi pilihan..
Masih lagi sukakan brg2 yg murah..berjaya menahan diri dari membeli sesuatu yg mahal,yg murah jd plihan..

Ini adalah yg termampu diluahkan.Apapun masih byk lg aku perlu berubah untuk kebaikan.. Iman perlu ditingkatkan..Hari ini perlu lebih baik dari semalam..

                                               Semoga cinta kami tidak berubah ditelan waktu..

No comments:

Post a Comment

Followers