Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Alhamdullilah Ramadhan tiba lagi.Bersyukur kerana berpeluang untuk menikmati dan menjalani Rukun Islam yg ke tiga ini.Kali ini lebih bermakna sebab aku dan hubby akan berpuasa sama2.Yela dulu hubby kt Johor aku kt sini.Wekend je aku g jumpa dia.Kira x puas la menjalani ibadat puasa sama2.Cuma yg best,kt rumah hubby dulu surau dia betul2 depan rumah.Masa mula2 jalan beriringan nk ke surau untuk solat terawih tu rasa happy sgt sbb 1 st time lepas jadi suami isteri g terawih sama2 dan mood pengantin baru tu masih ada.Romantik gitu..Wakakakaka..

Kalau dulu aku menyambut dgn teman2 serumah dan kemeriahan terasa bila tiba waktu berbuka dan sama2 berjalan kaki ke surau untuk berterawih.Kadang2 kalau nani dtg kitaorg akan solat terawih di Masjid Serdang Lama.Pernah lah kami berimamkan Ust Badrul Amin dan Ustaz Fauzi (Al Kuliyyah)..Aku harap kali ni berpeluangla aku untuk ke sana sekali sekala ngn hubby.Lgpun surau tu ada 'air cond'..selesa sikit lah..hehehe fitrah manusia sukakan keselesaan..

oklah,aku kena keluar beli barang amali next week ni..so last but not least, Selamat menunaikan ibadat puasa dan semoga ibadat ini membawa keberkatan kepada kita.Amin.


Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan

Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada

Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua.


p/s: Salah satu lagu kegemaran aku..time pose mesti nk dgr lagu ni utk muhasabah diri..

Wednesday, August 19, 2009

Minggu-minggu yg sibuk..

Sesuai dgn tajuk di atas,entri kali ni akan mencoretkan kenangan yg berlaku sepanjang dua,tiga minggu sebelum puasa ni.Huh aku begitu sibuk dgn kerja dan juga melayan kehadiran tetamu (saudara mara) ke rumah.. Sempena minggu konvokesyen di mana sepupu aku akan menerima segulung ijazah,makcik saudara aku (che ngoh) datang pada petang jumaat 7hb.Balik kerja saja aku terus masak dan lepas magrib diorg pun sampai.Esoknya diorg ke UPM.Aku stay kt umah je.Apa lagi masak-masak la..Mujur hubby sangat ringan tulang membantu..Ahad pula kami ke Nilai.Saja aku cuci mata.Malam tu pulak bawak diorg lepak di dataran Putrajaya.Lepas tu g minum kt Presint 9.Makcik aku dgn 2 org anak dia balik Isnin pagi.Hubby g hantar kt hentian kajang.Aku xleh g coz bz buat preparation amali.Takut gak kot hubby sesat dan Alhamdullilah dia dah ingat jalan ke Hentian Kajang( dekat 10x baru ingat..huhu).Selasa malam pula,sepupu hubby (yg sgt sihat tubuhnye..hehe..)datang sekeluarga siap dengan mertua sekali.Juga untuk menumpang semalaman.Rabu tu adik ipar dia konvo.Lepas konvo terus balik ke Besut.Hubby pulak demam panas tiba2 jangkit dari sepupu aku kot.MC dua hari.Cian dia..Mujur aku x terjangkit sama.2 mlm berturut2 aku bawak dia g klinik.Tidur pun mcm tidur ayam..Risau gak tp kujurla doc kata demam biasa..Bukan H1N1..Lepas tu hari2 seterusnya aku sibuk dengan amali setiap hari kecuali Jumaat. Jumaat baru2 ni kt tempat aku buat majlis bacaan Yassin ramai2 dan ceramah sempena Israk Mikraj.Layan jela.Sesekali bg makanan pada rohani sendiri.Alhamdullilah aku hadir sampai tamat majlis.
time lepak kt dataran putrajaya..
Hari Sabtu 15hb pulak aku ke Genting Highland untuk ambil sampel tumbuhan kegunaan amali sem 3.Paling terkejut terjumpa dgn Angoh aku kt RnR Genting Sempah.Siap pakai baju askar you..ishk x sangka pulak jumpa ngn adik aku kt situ.Memang terkejut dan excited(bak kate adik aku kt aku).Dia nak ke Butterworth hantar barang.Aku siap kol mama dan papa aku lagi buat surprise.Terkejut masing2 ingat adik aku dtg umh aku..Rupanya terserempak.Lepas tu terus naik ke Genting.Kali ni aku x brape excited mcm dulu.Aku x naik pun kereta kabel.Setakat tunggu zura n k fizah dlm kete je ngn yazid, k.kama.. Cuma sempat la pergi beli strawberi kering untuk hubby kt station cable car..dan sempat juga berposing kt tempat yg dirasakan ok..


after sampling..me with zura n k fizah..

ade gak org nk snap time tgh tapau strawberi..juz for my dear hubby..

Dah puas posing terus balik.Sempat pulak makan cendol yazid belanja kt Sg Besi.Pastu siap makan rojak..wahh sedap sgt..Nanti aku nk ajk hubby la g mkn kt situ..Tempat sempoi tp sedap..Aku tapaukan kt hubby sekali..Hehe motif utama,balik nanti x payah masak dah coz aku dah rasa penat..Lepas sampai UPM,simpan sampel dlm frige pastu balik ngn hubby..Hubby ajak g Maeps tgk moccis punya pameran..tp aku tolak.Aku cuma igt bantal ngn sofa kt umah untuk landingkan diri..huhu..fruz gak hubby aku tengok..yela pameran tu berkaitan dgn hal2 kelpa sawit,minyak kelapa sawit dan semua yg sewaktu dgn kelapa sawit..Dia dulukan dlm bidang tu,teringin la dia nak tgk..Aku ajak dia g hari ahad tp ahad tu kitorg juz lepak umah dan aku pulak tido aje kerjanye..Ponat semacam...Kira kodor balik dan recharge energy yg hilang utk 2 minggu sebelumnya.Kesudahannya keesokkannya aku g kerja dgn segar bugar..heheh..


Last pic at Genting..

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (penyanyi nasyid kumpulan Rabbani).Aku tahu berita ni tghari smlm dari sorang pensyarah kt ASPer ni. Terkejut pada mulanya.Namun setiap kematian adalah pasti dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Allahyarham meninggal dunia sebaik sahaja jatuh selepas membuat persembahan di RTM semalam. Teringat kembali lagu-lagu yang popular nyanyian beliau.Dan juga zikir-zikir yg dilagukan oleh beliau yang selalu ditayangkan di Astro Oasis setiap kali sebelum masuk waktu solat. Pada aku beliau mempunyai vokal yg sgt unik.Teringat masa belajar kt Uitm dulu,sesi motivasi yg aku sertai memuatkan slot musabah diri di mana peserta perlu memejamkan mata dan mengikuti apa yg diarahkan oleh faci sambil diperdengarkan lagu dari kumpulan Rabbani (aku lupa tajuk lagu tu tp lagu tu sedih la..) Ramai kawan2 aku yg menitiskan airmata.Tak silap aku lagu tu lagu Munajatku kot.. Selepas tamat program tersebut,aku secara perlahan2 meminati lagu2 dari kumpulan nasyid Rabbani ini.Lagu2 dan lirik yg boleh dikatakan sesuai dgn jiwa aku pada masa itu.Siap beli album Pergi tak kembali dgn Intifada sebab tertarik dgn kolabrasi KRU & Rabbani.

Apapun pemergian Allahyarham Ust Asri pasti akan dirasai oleh semua. Semoga tenang di alam sana. Al-Faatihah...


Pergi Tak Kembali
Album : Munsyid : Rabbanihttp://liriknasyid.com


Setiap insan pastikan merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayu alunan suara

Cemas di dada lemah tak bermaya

Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kanangan

Diiringi doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi...

Followers