Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 19, 2009

Minggu-minggu yg sibuk..

Sesuai dgn tajuk di atas,entri kali ni akan mencoretkan kenangan yg berlaku sepanjang dua,tiga minggu sebelum puasa ni.Huh aku begitu sibuk dgn kerja dan juga melayan kehadiran tetamu (saudara mara) ke rumah.. Sempena minggu konvokesyen di mana sepupu aku akan menerima segulung ijazah,makcik saudara aku (che ngoh) datang pada petang jumaat 7hb.Balik kerja saja aku terus masak dan lepas magrib diorg pun sampai.Esoknya diorg ke UPM.Aku stay kt umah je.Apa lagi masak-masak la..Mujur hubby sangat ringan tulang membantu..Ahad pula kami ke Nilai.Saja aku cuci mata.Malam tu pulak bawak diorg lepak di dataran Putrajaya.Lepas tu g minum kt Presint 9.Makcik aku dgn 2 org anak dia balik Isnin pagi.Hubby g hantar kt hentian kajang.Aku xleh g coz bz buat preparation amali.Takut gak kot hubby sesat dan Alhamdullilah dia dah ingat jalan ke Hentian Kajang( dekat 10x baru ingat..huhu).Selasa malam pula,sepupu hubby (yg sgt sihat tubuhnye..hehe..)datang sekeluarga siap dengan mertua sekali.Juga untuk menumpang semalaman.Rabu tu adik ipar dia konvo.Lepas konvo terus balik ke Besut.Hubby pulak demam panas tiba2 jangkit dari sepupu aku kot.MC dua hari.Cian dia..Mujur aku x terjangkit sama.2 mlm berturut2 aku bawak dia g klinik.Tidur pun mcm tidur ayam..Risau gak tp kujurla doc kata demam biasa..Bukan H1N1..Lepas tu hari2 seterusnya aku sibuk dengan amali setiap hari kecuali Jumaat. Jumaat baru2 ni kt tempat aku buat majlis bacaan Yassin ramai2 dan ceramah sempena Israk Mikraj.Layan jela.Sesekali bg makanan pada rohani sendiri.Alhamdullilah aku hadir sampai tamat majlis.
time lepak kt dataran putrajaya..
Hari Sabtu 15hb pulak aku ke Genting Highland untuk ambil sampel tumbuhan kegunaan amali sem 3.Paling terkejut terjumpa dgn Angoh aku kt RnR Genting Sempah.Siap pakai baju askar you..ishk x sangka pulak jumpa ngn adik aku kt situ.Memang terkejut dan excited(bak kate adik aku kt aku).Dia nak ke Butterworth hantar barang.Aku siap kol mama dan papa aku lagi buat surprise.Terkejut masing2 ingat adik aku dtg umh aku..Rupanya terserempak.Lepas tu terus naik ke Genting.Kali ni aku x brape excited mcm dulu.Aku x naik pun kereta kabel.Setakat tunggu zura n k fizah dlm kete je ngn yazid, k.kama.. Cuma sempat la pergi beli strawberi kering untuk hubby kt station cable car..dan sempat juga berposing kt tempat yg dirasakan ok..


after sampling..me with zura n k fizah..

ade gak org nk snap time tgh tapau strawberi..juz for my dear hubby..

Dah puas posing terus balik.Sempat pulak makan cendol yazid belanja kt Sg Besi.Pastu siap makan rojak..wahh sedap sgt..Nanti aku nk ajk hubby la g mkn kt situ..Tempat sempoi tp sedap..Aku tapaukan kt hubby sekali..Hehe motif utama,balik nanti x payah masak dah coz aku dah rasa penat..Lepas sampai UPM,simpan sampel dlm frige pastu balik ngn hubby..Hubby ajak g Maeps tgk moccis punya pameran..tp aku tolak.Aku cuma igt bantal ngn sofa kt umah untuk landingkan diri..huhu..fruz gak hubby aku tengok..yela pameran tu berkaitan dgn hal2 kelpa sawit,minyak kelapa sawit dan semua yg sewaktu dgn kelapa sawit..Dia dulukan dlm bidang tu,teringin la dia nak tgk..Aku ajak dia g hari ahad tp ahad tu kitorg juz lepak umah dan aku pulak tido aje kerjanye..Ponat semacam...Kira kodor balik dan recharge energy yg hilang utk 2 minggu sebelumnya.Kesudahannya keesokkannya aku g kerja dgn segar bugar..heheh..


Last pic at Genting..

No comments:

Post a Comment

Followers