Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (penyanyi nasyid kumpulan Rabbani).Aku tahu berita ni tghari smlm dari sorang pensyarah kt ASPer ni. Terkejut pada mulanya.Namun setiap kematian adalah pasti dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Allahyarham meninggal dunia sebaik sahaja jatuh selepas membuat persembahan di RTM semalam. Teringat kembali lagu-lagu yang popular nyanyian beliau.Dan juga zikir-zikir yg dilagukan oleh beliau yang selalu ditayangkan di Astro Oasis setiap kali sebelum masuk waktu solat. Pada aku beliau mempunyai vokal yg sgt unik.Teringat masa belajar kt Uitm dulu,sesi motivasi yg aku sertai memuatkan slot musabah diri di mana peserta perlu memejamkan mata dan mengikuti apa yg diarahkan oleh faci sambil diperdengarkan lagu dari kumpulan Rabbani (aku lupa tajuk lagu tu tp lagu tu sedih la..) Ramai kawan2 aku yg menitiskan airmata.Tak silap aku lagu tu lagu Munajatku kot.. Selepas tamat program tersebut,aku secara perlahan2 meminati lagu2 dari kumpulan nasyid Rabbani ini.Lagu2 dan lirik yg boleh dikatakan sesuai dgn jiwa aku pada masa itu.Siap beli album Pergi tak kembali dgn Intifada sebab tertarik dgn kolabrasi KRU & Rabbani.

Apapun pemergian Allahyarham Ust Asri pasti akan dirasai oleh semua. Semoga tenang di alam sana. Al-Faatihah...


Pergi Tak Kembali
Album : Munsyid : Rabbanihttp://liriknasyid.com


Setiap insan pastikan merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayu alunan suara

Cemas di dada lemah tak bermaya

Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kanangan

Diiringi doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi...

No comments:

Post a Comment

Followers