Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 10, 2010

Meriahnya Raya

1 Syawal dh nk berakir..esok masuk raye ke dua di kg..meriah juga tahun ni..mcm biasa pagi2 aku dan huby dan family aku ke masjid bt.rakit utk tunaikan solat I'dulfitri..pastu sesi mkn2 nasik minyak..lepak jap sekali ank2 jiran dtg beraya..siap beratur tu amik duit raye ngn en.suami..pastu g umh tok..kali ni lame pulak lepak kt sana..sempatlah jumpa sepupu dan makcik pkcik sedare..Alhamdullilah kemeriah masih dirasai..yg kelakar sumer pakat bawak nasik minyak g umh tok..adeh..jamu nasik minyak le kali ni..
Esok lak plan duk umh je tunggu member2 datang..pastu ptg berangkat balik kg en.suami utk sehari dua..adeh mcmane la nnti..dh la ramai tu..pastu hari rabu igt nk balik k.l dh cuma x pasti mlm ke pagi..sumer tu biar en.suami yg buat keputusan..
skrg ni aku rase dh termengah2 dah..pinggang pon kekadang sakit jer..hukhuk..pastu kalu loya dtg x pasal2 muntah..setakat ni masih mampu bertahan dan simptom2 "berdua" dah mula buat org lain perasan..org kg pon perasaan..kerana perut sudah terlebih dari buncit..hehe x sabar nk tunggu perut ku ini lagi membesar..biar org panggil aku mak buyong..muahahaha..bile ditegur aku sengeh je..en.suami lagi la ternmpk hepy dan sibuk menjawab..
errmmm x sabarnyer nak beraya pada tahun depan..x sabarnya nak tunggu saat balik kg secara bertiga pula.. InsyaAllah..ok c'ya..
                                           Sempat singgah chrating otw blk kg.. :) cntik pantai die!!

Wednesday, September 1, 2010

Panduan puasa bagi ibu hamil

Soal jawab di ruangan Pakar Sakit Puan Harian Metro menarik perhatian aku..ni aku paste kan di sini:

Takut mudarat kandungan

SAYA berusia 26 tahun dan kini hamil anak pertama. Kandungan saya kini memasuki lima bulan.

Bolehkah doktor memberi panduan sama ada saya selamat untuk berpuasa? Saya tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi bimbang jika berpuasa boleh mendatang­kan mudarat kepada bayi saya.

REEN
Kuala Lumpur
NALURI ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anaknya bermula dari saat kehamilan lagi. Kebimbangan terhadap kesan berpuasa ke atas janin sering menjadi persoalan apabila tiba Ramadan, lebih-lebih lagi tanpa didatangi haid seperti sebelumnya, kini mereka berpuasa sebulan penuh.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu difahami:

● Kita sebenarnya juga 'berpuasa' sewaktu tidur setiap malam, cuma tempoh tidur mungkin tidak selama tempoh berpuasa Ramadan.
Waktu makan pada siang hari boleh diganti dengan waktu makan pada malam hari iaitu berbuka, selepas solat Maghrib, waktu sahur dan mengambil minuman berkalori sebelum tidur.
● Negara kita tidak mengalami musim panas yang panjang pada siang hari. Tempoh berpuasa di Malaysia adalah di bawah 14 jam.
Kajian sains menunjukkan kelaparan melebihi 14 hingga 16 jam mendedahkan kita kepada perubahan metabolisma keto-asidosis yang boleh memudaratkan kesihatan.
Eloklah mengamalkan bersahur lewat dan segera berbuka apabila masuk waktunya. Di samping itu, ibu hamil juga perlu berbuka puasa jika mengalami tanda bahaya dan segera berbuka walaupun waktu Maghrib tinggal beberapa minit sahaja lagi.

Selain itu, memahami perubahan 'normal' yang berlaku dalam kehamilan meyakinkan seseorang untuk meneruskan berpuasa, tetapi dengan mengambil langkah berkaitan. Secara amnya, perubahan yang berlaku dalam kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga fasa atau trimester.
Trimester pertama (bulan pertama hingga ketiga) adalah tempoh lazim berlaku 'morning sickness' seperti loya, muntah, pening kepala atau pedih ulu hati.
Kehilangan cecair badan daripada muntah kadangkala tidak cukup diganti dengan makan dan minum bagi wanita yang terganggu seleranya, hingga mereka berasa tidak bermaya walaupun baru saja beberapa jam berpuasa.
Tambahan pula, bau daripada pil suplemen asid folik dan zat besi turut menambah loya terbabit. Anda dijangka sudah melepasi fasa ini kerana 'morning sickness' jarang berterusan menjangkaui bulan keempat kehamilan.
Trimester kedua (bulan keempat, kelima dan keenam kehamilan) seperti yang anda alami sekarang adalah tempoh yang paling selesa. Selera makan kembali normal, malah mungkin bertambah.
Keseronokan menjadi ibu hamil yang kandungannya kini semakin jelas dilihat juga mempengaruhi psikologi anda menjadi positif untuk berpuasa tanpa gangguan.
Namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat satu perubahan fisiologi kehamilan yang boleh mendatangkan kesan mudarat jika tidak dijaga.
Dalam trimester kedua, tekanan darah dijangka menjadi lebih rendah berbanding biasa, sehinggakan anda mudah berasa seperti hendak pitam jika berdiri terlalu lama, lebih-lebih lagi jika mengalami dehidrasi.
Elakkan perubahan posisi yang mendadak apabila hendak bangun.
Seeloknya daripada berbaring, anda duduk sebentar dahulu, kemudian bangun perlahan-lahan sebelum mula melangkah.

Selain itu, meminum air yang mencukupi sangat penting bagi menjaga hidrasi badan.

Anda juga eloklah mengurangkan aktiviti yang tidak penting untuk menyimpan tenaga serta mengelakkan dehidrasi dan kekurangan gula dalam darah misalnya berjalan-jalan membeli-belah di tengah panas.

Apabila anda memasuki trimester ketiga kelak (bulan ketujuh hingga kelahiran), anda mungkin semakin mudah penat kerana pengaruh saiz kandungan yang semakin membesar yang turut mengganggu pergerakan anda.
Anda mungkin akan mudah berasa mengah, sakit pada bahagian ari-ari, pedih ulu hati, sembelit, ketegangan akibat kontraksi Braxton Hicks boleh menjadikan anda tidak selesa dan mudah keletihan.
Ramai ibu hamil yang bekerja berpuasa hingga memasuki minggu kelahiran tanpa masalah bahaya kerana kebanyakan tugas tidak memerlukan aktiviti fizikal yang banyak.
Namun, ini mungkin tidak sama untuk setiap individu dan ada yang mungkin perlu mengambil rehat.

Penjagaan am yang lain juga perlu diberi perhatian.
Memakai pakaian yang selesa dan tidak ketat, tidak memakai kasut bertumit tinggi serta berhati-hati sewaktu berjalan (agar tidak mudah jatuh) serta berhati-hati sewaktu berkenderaan di jalan raya (kemalangan lebih kerap berlaku), semuanya dapat membantu kita menghadapi kehamilan dengan jayanya.

Monday, August 30, 2010

20 Ramadhan..

tup tap tup tap dah masuk 20 Ramadhan dh hari ni..lagi 10 hari je lagi berada di bln yg mulia ini..cepat betul masa berlalu..yang sedih kali ni langsung aku sempat ke surau atua masjid utk sama2 berjemaah solat isyak dan taraweh..huhu fruz rasenyer..berpuasa "berdua" ni buat rase badan ini x larat..kadang2 terpaksa berbuka lantaran badan sangat lemah..namun sebalik cabaran berpuasa "berdua" hati ini berbunga2 riang..walaupun sesekali mood berubah2 namun aku kuatkan semangat sendiri..Terima kasih tidak terhingga buat encik suami yg sangat memahami..hampir setiap hari en.suami turun ke dapur memasak utk isteri tercinta..aku bukan terkena sindrom alahan tidak boleh masak apabila "berdua"ni tp sesungguhnya amatlah tidak larat utk menyingsing lengan menyediakan juadah berbuka..balik kerja terus je baring atas tilam yg mmg sengaja diletakkan di dpn tv..permulaan puasa aku tak berapa lalu nak mkn nasik..menu2 mcm mee,mihun goren atau sup la pembuka selera..kalu rase mcm mual2 aku suh en.suami beli laksa penang..yum yum yum..leh habis satu bungkus tampa masalah..tp kalu naisk setakat 3 suap cannot go dh..pernah minggu pertama puasa aku hmpir nk menangis sbb x lalu nak telan nasik..sedih sebab pikirkan takut "kesayangan"ku itu x dapat zat yang sepatutnya..en.suami apa lg terus mengadu hal itu kt mama aku..bila mama aku pesan jangan diikutkan sangat perasaan terus je aku kuatkan semangat tuk mkn..ALhamdullilah berkat doa sendiri dan en.suami hari2 seterusnya berjaya dilalui walaupun kekadang bila nasik terlebih masuk ke kerongkong automatik bila mandi keluar balik separuh dari nasik tersebut..Kekdang en.suami risau bila aku nekad berpuasa..tambahan lagi dgn pertanyaan dan nasihat dari org2 sekliling yg prihatin mengatakan aku x perlu berpuasa di saat2 awal "berdua" ini..tp pada aku kalau aku rasa diri aku MAMPU,aku akan teruskan dan jika sebaliknya kau mmg xkkan teragak2 berbuka..sahur pulak aku mmg x pernah miss..selalu diasak desakan yg sama tentang keperluan berpuasa ni aku dan en.suami berjumpa dgn dr.rohaya..Alhamdullilah juga doc tu mengesahkan yg aku ok tuk berpuasa..blood pressure dan sugar level semuanya ok..pastu bile scan keadaan di dlm sana juga ok.."kesayangan" bergerak dgn cukup aktif..terkedu aku dan en.suami apabila doc menunjukan rupa bentuk "kesayangan" dan mengukur saiz pembesarannya pada minggu ke 12 tu..Semoga "kesayangan" kami ni terus membesar dengan sihat dan sempurna sampai ke tiba masa untuk menjengah dunia.. ;)
Sekarang ni pulak mood untuk balik ke kampung mula menguasai diri.En.suami dah siap packing baju dah pun masa cuti baru2 ni..sgt teruja ok nak sambung berpuasa di kampung pula..tekak ni sangat merindui nasik dagang,nasik minyak,tupat sutung..dan juga tumis laksa mama (ooowhh telan air liur beb)..adik2 aku pulak dah sibuk2 dh tanya nak balik berapa lama..dun wory guys..sabtu ni along dan abg long akan sampai w.tgh dulu tuk berbuka..bilik tuk kami tu kemas cantik2 ye.. ;D
Erm last checklist yg x buat lg tuk balik kg nih adalah tuk topup TnGo..oo sewa umh ptg ni InsyaAllah..haaa sumer tupperware mama x packing lg tuk dipulangkan..hish kena reminder nih..nnti xleh nk tapau kuih raya bwk balik sini..muahahahaa
yang dh siap buat..servis keter en.suami dh bereskan,kuih raye dh setel sumer hutang,kasut raye laki bini pon dh ready tuk masuk dlm bonet..baju dh packing tp aku x chek lg..kena chek tkaut en.suami lupe bawak balik sampin...ishh dah2 la citer pasal nk raye..nak g tazkirah ramadhan lak..chowwss..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak..

Tup tup dh nk puasa ye..punyelah bz akir2 nih smpai blog pon x sempat nk bukak..lagikan nk update..kali ni amali semester ni tiap2 hari..kire 1st time la ni amali tiap2 hari..ade 2 hari amali pagi ptg..utk student 1st smester,kami staff2 lab nih kena alaways stand by kt lab..yelaaa budak2 ni fresh lg..byk mende baik dari segi alat@radas diorg x tahu guna..teringat pulak mase 1st amali diorg..tergagap2 masing2 nk start amali..dh la demostrator sorang2...so utk lab aku,aku amik inisiatif tuk jd demo sambilan..hehehe..pastu bile time buat slide yg klakar ade gak buat slide pakai prepared slide..aduyai..lurus btol..tahan jela gelak dlm hati..pastu ade gak yg x reti nk bukak penutup waterbath..siap tnye nk bukak camner..waterbath hot water pulak siap kena ajar cara2 masuk test tube dlm tuh pakai penyepit..hish x pernah2 aku ajar student masukkan test tube dlm waterbath..sem ni kena ajar btol2..pastu time amali setiap step nk tnye..aduyai..manja btol aku rase..utk 1 week amali mmg kering tekak rase..siap bawak air sebotol masuk lab aku nih..sblm habis amali tu aku dh pesan kt diorg bace dulu manual sblm masuk lab..nnti x pyh duk tnye2 dh..hehehehe mcm cikgu cikgi lak aku rase..tuk sem 3 lak xder masalah mane pon..diorg byk pakai mikroskop..so bile time amali sem 3 aku cume pantau kejap2 jer..
 Dlm bz2 ngn lab tu,aku dh start bridging course..huhu giler penat..pas keje kul 5 cepat2 g admin building ngn zura (thanx ye sbb tumpangkan i..)kadang2 habis kul 7 pm..kalu lectrer baik kul 630-645 balik dh..bile sapa umh pas mgrib terus jer bingggg atas tilam..tido dpn tv jer terus..x larat nk naik atas dh eh..pastu dlm kul 4 bgun balik solat isya..mujur cik abg syg sgt memahami..lg2 dlm keadaan aku nih..( :- D )
Last week lak minggu last bridging tahap 1..byk present2..tp sbb bz ngn lab rase bersalah lak sbb x byk menyumbang dlm grouping work..sory byk2 korang..bile part present Alhamdullilah ok je masing2..seronok plak rase..Tahap 1 ni diakhri dgn lab mock audit hari sabtu lepas..fuhh lega bangat rasanya bila auditor tuh puji lab aku..kembang semangkuk rasanya..hehehe..
Ooo lagi satu aku prasan dlm 2,3,4 mggu kebelakangna nih byk betol gud news yg kami suami ister dpt dan juga pada rakan2 sekeling..salah satunye, mr huby dh dpt jwtn tetap..pastu ptk aku dh aras 4 (lepas 3x amik..) erm yg best gmbr lola yg kiss huby tu dpt consolation prize..dpt 200 ngn whiskas stem..
ade g gud news tp brlah rahsia dulu..mane yg tahu tu tahu laa..nnti sampai masa akan diumum jua..
 ok,amali dh nk start..selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia..ampun maaf dipinta,sama-samalah kita meningkatkan ibadat dan semoga ibadat kita diterima oleh-Nya..Amin..
p/s: oppsss gmbr lola x upload lg ke pc..tunggulah dulu..huhu

Friday, June 18, 2010

Lola: akhirnya tiada lagi..

Seminggu sudah berlalu barulah punye kekuatan nk citer pasal lola..lame dh x citer psl lola kt blog ni kan..tp kali ni mungkin citer terakir pasal lola..lola kesygan kami telah pergi buat selama-lamanyer..Redha dgn ketentuan dan mungkin ade hikmah yg tersembunyi.. InsyaAllah..
So, this entry dedicated to my lovely kitty named lola..
11 jun 2010, 10.32am...
Lola terpaksa dimatikan kerana terdapat jangkitan kulat(sporo..)luka dibelakang berhampiran kaki belah kanan setelah diperiksa oleh doc adalah hampir sebesar tapak tgn aku..sedih tidak terkata.. dont have much option..jangkitan kulat tu boleh terjangkit pada manusia..mulanya bile huby kol bgtahu ape yg doc discover,aku nk lola diberi ubt..even mahal..aku nk bg ubat jugak sampai sembuh..tp huby bgtahu yg luka lola sgt serius..xleh warded..sbb ward x terima kes sporo kerana mudah jangkit pada kucing lain yg ada di wad..dan kalu kalu aku nk rawat sendri luka lola tu mungkin payah kerana lola sgt garang..(dlm 2,3 hari ni mmg lola sedikit garang..huhuhu) kebetulan aku prasan 2 mlm sebelum lola di bawak ke klinik,die naik atas katil aku..time tuh huby lena dh..aku usap2 die..pastu aku check telinga die..tibe2 terase nk bersihkan telinga die sbb tgk die manja..aku pon bukak lampu pastu amik cotonbud cuci telinga..tp sempat sebelah saje..lola mmg x suker kalu org korek telinga die..mase die turun dari katil aku prasan macam air nanah kt atas belakang die..sempat aku cuci ngn baki coton bud di tgn..mase aku sapu tuh lola mengiau mcm marah..(tp skrg baru aku prasan yg die dh sakit dh time tuh..huhu kalaula ku paham bahasa binatang..dan kalau la lola boleh bercakap...)bile aku ckp aku x usik dah die,die naik balik atas katil..pastu aku rase mcm nk amik gmbr die jer...terus aku snap 3 kpg..sbb rase lola mcm manje pelik jer..hurmm rupenye tula kali terakir aku snap gambar die..keesokan harinya (10jun..) ptg pas balik keje huby prasan ade luka kt badan die..huby siap marah sbb die ingat ade org pukul lola..aku kate x baik tuduh2..esok check up kt klinik..lola lak hari tuh langsung x kuar umh..die duduk je kt tgh2 tangga kt karpet..mengerekot tahan sakit..makan pon sikit jer..tu pon bg AD Diet..kalu bg nasik gaul ngn ikan sadin die langsung x mkn..huhu sedeh tgk..padahal sblm nih pantang panggil je terus je g mkn nasik peberet die tuh..
dalam sakit2 die tu kalu aku/huby panggil2 name die,mcm biase die tetap respon..die akan tetap pandang kami sambil mengiau perlahan..sebaknyer rase time ni..sbb teringat saat2 terakir itu..mlm terakir itu gak dlm kul 5 pg die gigit2 jari  kaki aku...mcm kejutkan aku pon ade..tp die x kaco lak huby aku..mujurlah aku x sepak die..dan mujurlah gak aku bangun gak dlm mamai pastu aku gosok2 kepala die..pastu aku sambung tido balik..rupenye tu kali terakir gakla lola gigit2 manja kaki aku..huhhuhuhuuhu :(
Pagi tu pulak lola sgt senang utk dimasukkan dlm sangkar..tp nasik mkn skit jer..dlm keter die diam jer..cume bile dh masuk higway tu die bising skit2..mungkin sbb takut bunyi motor/lori yg selisih ngn keter aku..sempat aku pujuk2 lola ckp nk bawak die g klinik..nk baikkan luka die..mcm paham lak lola..bile masuk area kampus trus die diam..last word to her,babai lola..cyg lola...duk diam2 kt klinik jap g..
pastu huby bwk g khk die..dlm kul 9 tu huby kol ckp Dr Ker dh check lola..and it was a badnews for me..mase huby citer tu aku tgh sibuk buat label utk sudut 5s..bile huby bgtau yg dr sugest utk pts (put to sleep),aku rase x leh nk ckp dh,airmate dh bergenang2..huby mcm nekad dh..aku plak kate nk bg ubt..last2 sebak sgt aku suh huby yg decide..aku xleh nk pk dh..namun aku x sangka sgt drastik pemergian lola..
Huby sms suh dtg klinik tgk lola kali terakir..tp aku mmg x boleh..kalu g sane aku takut aku xleh kawal emosi..aku xmo tgk...bukan depan mata aku..huhuhu ;(...
Tengahari tu huby ajk balik umh..dlm keter huby tujuk gmbr2 lola kali terakir tu..ngn gmbr luka die..siap ade video staff klinik cucukkan nikotin utk matikan die..aku xleh nk tgk habis video tuh..tgk gmbr pon teresak2 aku nangis..sgt2 sedih,sedih mcm saat2 aku keguguran dulu..apepun aku mmg kena tabah saat menghadapi detik kehilangan kali kedua ini..namun keperitan kehilangan aku tetap terasa...apetah lg kalu balik dari keje,yg tukang sambut kami berdua lola la..aku prasan,kalu ktorg balik keje,pas die mkn jer,die akn join sekali kami lepak2 kt ruang tamu..dlm 15 min tu bile ktorg nkg mandi ke g dapur ke baru lah die kuar main2 kt halaman rumah..g mkn rumput la..kdg2 die tergeliat2 guling guling atas simen jer..die x main jauh2..habis2 die g umh sebelah je..kalo panggil die akn masuk umh..sgt mendengar kate..huhu
pastu brg2 tinggalan die masih mampu buat aku sedih bile tgk..towel,shampo,bakul..bola mainan..pinggan nasik die..dan juge tempat2 yg die selalu lepak..
Di sini aku attach skali gmbr lola yg aku snap buat kali terakir..gmbr luka lola aku x amik lagi ngn huby..InsyaAllah aku atach dilain entry gmbr2 luka lola..


she loves me..n i love her tooo..so much!!
hubungan kasih syg ini tinggal memori..syg sokmo lola!

Thursday, May 20, 2010

Once in 15th mei 2010

Its was his besday..Happy besday my dear hubby.. u got 30 now..ekekeekkee..
Kebetulan besday die jatuh hari sabtu..erm ktorg celbrate kt umh jer..malas nk kuar mane2..mcm penat je memasing..aku sepnjg minggu sibuk kt ladang..dan sibuk sokong bdminton kt umh..(sedey mesia kalah.. :( )kebetulan plak last wekend tuh dah g jenjln dan coti2 kt melaka..kire dh clebrate awal la plus pezen besday 4 2010..plan hari tu nk masak nasi minyak terengganu stail..pastu tibe2 tekak aku teringin nk mkn nasik ayam..healthy than nasik minyak kan..patutnyer ikut selera besday man..tp aku plak lebih2..hehe konon nk jg kesihatan ngn badan le tuh..pagi sebelum masak2 session start tuh ktorg bekfes roti+telor+hotdog+kacang dlm tin tuh(tp aku x suker..) ala2 western sket..pastu dekat2 kul 12 mr huby dh start masuk dapur utk merebus ayam..mr huby ni kalu bab2 masak die terexcited lebey sket..aku plak mula2 mcm malas..sbb kusyuk tgk tv..pastu pk2 kecian lak kt mr huby sorang2 kt dapur aku pon join ler tolong molong..lg satu hari tu kan besday die..so x baek buli die..pastu ktorg duk kung kang kung kang kt dapur tu dlm kul 1 lebih sumer dh siap..cumer tunggu ayam je lmbt goreng sbb nk bg bhn2 rempah segala mcm tuh meresap dgn baik supaya ayam tuh lg sedap..bla bla bla..nasik ayam siap utk dimkn..sempat la aku tujuk kreatif hias2 sayur2 tuh..hehehe

tadaaaa..ishh mcm x puas lg nk mkn nasik ayam..
ps:nasik tu kene color kunig lebih sket atas request bsdy man..

Pastu keesokan harinyer aku buat kek coklat kukus kt my huby..heheh tp lupe nk snap ler..
Apepun selamat hari jadi yg ke 30 buat suamiku yg tercinta..thanks for all the love that surrounding me..
Luv u soooooo much..


Opppss besday lola dh lepas ler..28 april..hehehe kire celbrate sekali laa..nnti kami bg ikan
sardin 5 ekor ye..mucuk2 lola.. :)

Friday, May 14, 2010

Harapan buat Malaysia..

Sempena perlawanan separuh akir antara Malaysia melawan China ptg nanti posting aku kali ni pasal demam Piala Thomas yg sedang berlaku skrg ni..Doaku smoge kali ni piala thomas berjaya dimiliki Malaysia..main mcm diorg lwn Denmark hari tuh..bersemangat waja dan tetap melawan..rindu betol dgn suasana kemenangan pada 2002..erm aku agak2 Malaysia mampu menang 3-2..dan mate2 tu aku harap dpt dikutip oleh pemain2 di bwh..(gmbr dikutip form google search image..heheh)..
Tapi yg sedihnyer,walau bersemangatnyer aku nk menyokong pd ptg ni,aku x mampu nk ke stadium utk bersorak..huhu..apepon aku akan tetap bg sokongan padu di rumah ptg nanti..Malaysia BOLEH!!!!
ps: sokong,sokong gak..jgn sampai tertinggal solat magrib yer..!!

Followers