Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 23, 2009

hurmmm..


Entry kali ni lebih bersifat luahan rasa..perihal perhubungan sesama manusia. Dalam cerita ni aku hanya namakan watak2 yg berkaitan dgn huruf2 shj supaya tidak menjadi isu dikemudian hari.ada 4 individu yg terlibat..si A, si B, si C dan si D..

ok lets begin the story.. Gini, si A telah mengajak B dan C lepak dgn dia di rumah dia..Diorg ni telah berkawan lama dan telah memahami peribadi msg2.kadang kala hubungan diorg ni akrab mcm adik bradik almklumla belajar di tmpt yg sama pd suatu ketika. A sgt excited kerana dah lama dia tidak lepak dgn kwn2 dia. Dia merasakan byk benda yg dia nk crita dgn mereka. Si A melayan mereka dgn seadanya dan mereka mmg byk bergelak ketawa apabila mengenangkan dan bercerita tentang sesuatu.Mereka juga saling meluahkan apa yg tak terluah dgn org lain sebelum ini. Di tengah keseronokan mereka itu si D telah memberitahu A yg dia ingin menumpang tidur di rumah A kerana ingin meyelesaikan sesuatu perkara di tempat si A. Si A tidak keberatan kerana selain D adalah saudaranya,A merasakan turut bertanggungjawab kpd saudara mara dia yg dtg dari kg untuk menumpang di rumah kerana hanya A (belah bapanya)yg duduk k.l.Jika salah seorang saudara atau kwn2 keluarga yg memerlukan bantuan tempat tinggal ketika bekujung ke k.l, A berbesar hati menerima tetamu itu. Walau bagaimana pun sedikit sebanyak A tetap merasakan kedatangan D itu nanti akan menganggu keseronokan dia menghabiskan masa bersama B dan C.Tetapi setelah berfikir dgn waras dan meletakan diri dia jika berada dlm situasi D maka dibuang jauh2 rasa yg tak enak itu.Kedatanga D disambut seperti biasa. Ketika D sampai,terjadi peristiwa yg mengejutkan B dan C. A pula hanya bersikap biasa kerana pernah mengalami peristiwa yg melibatkan D. Setelah peristiwa itu berakhir,A perasan si B terdiam (mungkin terkejut dgn peristiwa tu).Manakala, C bersikap seperti biasa walaupun terkejut tetapi boleh menerima(si C seorang yg lebih terbuka sikapnya). Setelah sampai, D meletakan barang dan mandi.A sempat bercerita tentang D kpd B dan C supaya mereka lebih faham sedikit mengenai personaliti D (A berharap B dan C faham insiden yg berlaku sblm itu adalah di luar kawal D). Sehari semalam mereka menghabiskan hujung minggu tu, A perasan perubahan sikap B manakala C bersikap seperti biasa. B tidak bercakap banyak dengan D dan kadang kala menunjukan air muka yg dia tidak menyukai D. Mujurlah D seorang yg selamba dan bersikap ramah seperti selalu. B juga dilihat banyak berdiam diri dan cuba untuk berada dalam dunia dia sendiri. Jika A,C dan D berborak dan cuba mengusik B, B bersikap seolah tidak mendengar dan kononnya kusyuk menonton tv atau buat2 baca buku. Si A perasan dan mula tidak berpuas hati lantas menegur mengatakan sebelum ini B ok je tetapi tiba2 menjadi seorang yg kuat tidur dan suka mengelamun. B mengatakan dia sakit kepala. A kemudian berborak dgn C dan D. Mujurlah keadaan itu tidak lama kerana B dan C mahu balik ke rumah mereka kerana keesokkannya mereka semua perlu bekerja.Keesokkan hari,masa A sedang bekerja, B telah menelifon A dan meminta maaf atas sikap dingin dia pada D.B turut menjelaskan yg dia terkejut dgn insiden semasa mula2 kedatangan D. B mengatakan dia tidak boleh menerima perilaku D kerana padanya respon D keterlaluan.Tambah B lagi,dia melihat C melayan D dgn baik maka pada dia itu sudah memandai. A cuma membalas ikut suka ko lah. Pada A, B patut minta maaf kpd D bukan dirinya. A sedikit terkilan dgn sikap B yg tidak boleh menerima kelemahan org lain. Namun A cuba menerima kelemahan B itu dan dia membiarkan rasa terkilan itu berlalu dan berharap peristiwa itu tidak terjadi lagi.. The end.

Moral of the story:



  • Setiap org mempunyai kelemahan diri masing2, kita mesti memahami kadangkala sesuatu kelemahan itu bukan kemahuan insan itu sendiri

  • Sentiasa bersikap positif jika berjumpa dgn kenalan baru

  • Jika ada org bercerita mengenai keburukan seseorang itu,jgn menerima bulat2 dan terus menghukumi tanpa mengetahui cerita kedua belah pihak

  • Jgn menyangka apa yg kita buat itu semua betul

No comments:

Post a Comment

Followers