Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 28, 2009

Pengumuman untuk warga UPM

H1N1-CUTI PERTENGAHAN SEMESTER UPM DIAWALKAN

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama Sesi 2009/2010 (17 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009) lebih awal sebagai langkah menangani penularan wabak H1N1. UPM mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama selama satu minggu, berkuatkuasa mulai 29 Julai 2009 hingga 4 Ogos 2009.Selaras dengan pengumuman tersebut, semua aktiviti akademik dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang telah dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan.
Langkah yang diambil oleh UPM adalah sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah penularan wabak tersebut.
Sekian, untuk makluman.

KetuaBahagian Komunikasi Korporat,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.

No comments:

Post a Comment

Followers